fbpx

Nurul Izzah kongsi berita pemergian bayi dalam kandungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Izzah memuat naik gambar berpelukan bersama Anwar dan Dr. Wan Azizah pada Instagram.

PETALING JAYA – Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkongsi berita sedih berhubung pemergian bayi di dalam kandungannya kepada umum.

Nurul Izzah yang juga anak sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut memuat naik gambar mereka bertiga berpelukan dengan keterangan kisah kehilangan bayi yang dikandung.

“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan. Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama. Selesai berkempen, sempat pula menjangkiti Covid-19 buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat.

“Kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baharu, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang kemudian ke Putrajaya. Dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone,” katanya pada hantaran Instagram hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan syukur selain terfikir tentang wanita-wanita yang melalui episod serta pengalaman sama, walau jalur individunya berbeza.

“Ungkapan mensyukuri nikmat, kata-kata indah untuk Yang Maha Esa, yang kita ucapkan walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.

“Jadi kepada anda, hampir semua daripada kita mengalami kehilangan rasa, kita boleh menawarkan doa, pelukan maya dan ingatan bahawa kehidupan ini diteruskan.

“Keindahan kegembiraan dan kebahagiaan ini, mengintai setiap sudut sama ada senyuman Safiyah, Harith dan Yu Zhou. Atau dalam pelukan papa dan mama, setiap saat itu dikira. Selamat pulang dalam setiap kehangatan yang anda alami,” luahnya.

Katanya lagi, proses penyembuhan merupakan suatu perjalanan dan sekiranya memerlukan sedikit masa untuk bernafas, jadi lakukan sahaja sebelum masuk ke bab seterusnya dalam kehidupan baharu.

Pada Ogos tahun lalu, Kosmo! melaporkan Nurul Izzah selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI