fbpx

Mahkamah: Sarjan polis dituduh terima rasuah RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Fitry dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini, atas pertuduhan rasuah.

ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menerima rasuah bernilai RM1,500, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Fitry Ismail, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa menerima wang rasuah tersebut daripada seorang lelaki berusia 26 tahun.

Suapan tersebut didakwa diterima setelah dia kononnya telah membantu menyelesaikan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 terhadap lelaki berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di luar pintu utama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kira-kira pukul 11.34 malam, 18 November 2020.

Ketika itu tertuduh bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat di Cawangan Narkotik IPD Kubang Pasu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI