fbpx

Lelaki maut motosikal rempuh besi pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang terbabas melanggar besi pembahagi jalan dalam kejadian kemalangan maut di kilometer 458 Lebuh Raya Utara Selatan, di sini, pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditemui maut selepas motosikal dinaikinya melanggar besi pembahagi jalan, di simpang masuk ke susur Jejantas Sungai Buloh, kilometer 458 Lebuh Raya Utara Selatan, Hala Selatan, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kemalangan motosikal jenis Honda RS150 sekitar pukul 6.42 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada pukul 6.35 pagi apabila mangsa yang melalui tempat kejadian terbabas dan terlanggar besi pembahagi jalan di lokasi kejadian.

“Ekoran kejadian itu, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Fakhrudin, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kepada sesiapa yang terlibat atau berada di lokasi ketika kejadian diminta tampil membantu siasatan.

“Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh tampil ke balai berdekatan atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI