fbpx

Kpah Sherman azam julang Sri Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERMAN berazam untuk memberikan aksi yang lebih baik bersama Sri Pahang berbanding ketika berada di TFC sebelum ini. - FB SRI PAHANG

SELEPAS tiga musim bergandingan dengan Tchetche Kipre di Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Terengganu FC (TFC), musim 2023 menyaksikan Kpah Sherman bakal berpisah dengan rakannya itu selepas mengambil keputusan menyertai Sri Pahang.

Biarpun agak janggal, Sherman mengakui pengalamannya bersama Kipre sebelum ini di TFC hingga diangkat sebagai penjaring terbanyak Piala Malaysia musim lalu menjadikan dirinya sebagai penyerang lebih baik untuk membina gandingan baharu bersama Lucas Silva.

“Sudah tentu rasa bagus apabila ada orang meletakkan harapan besar dan saya harap saya dapat memberikan yang terbaik kepada Sri Pahang dalam Liga Super. Saya ingin bekerja lebih keras dan melakukan sesuatu yang lebih berbanding musim lepas.

“Saya memang nak jaringkan lebih banyak gol, tetapi misi utama adalah membantu pasukan ini untuk menjadi pesaing yang hebat,” katanya.

Sepanjang Piala Malaysia musim lalu, penyerang Liberia itu meledak tujuh gol, jumlah sama yang dilakukan Bergson da Silva ketika membantu Harimau Selatan muncul juara selepas menewaskan Selangor 2-1 di pentas final.

Dalam masa sama, Sherman juga rasa cukup bertuah kerana berpeluang berlatih di bawah kendalian Fandi Ahmad dan yakin legenda Singapura mampu mengembalikan pasukan di tahap terbaik.

“Saya memang tahu bagaimana hebatnya jurulatih seperti Fandi dan beliau merupakan seorang yang sangat senang untuk bekerja.

Beliau juga selalu meng­hubungi saya sebelum ini dan saya percaya kami semua mampu untuk melakukan sesuatu yang lebih cemerlang.

“Salah satunya adalah untuk cuba melayakkan diri ke Piala AFC dan kami semua teruja untuk memulakan saingan liga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI