SHAH ALAM – Tular gambar beberapa nombor plat kenderaan tercabut selepas melalui laluan banjir kilat yang berlaku di Seksyen U12, di sini, semalam.
Kesemua nombor plat tersebut berada di bahagian tepi jalan berhampiran terowong menghubungkan Seksyen 7 dan Desa Alam.
Menurut seorang pengguna dikenali Diana Zaini, menyedari kehilangan nombor plat depan keretanya ketika hendak keluar sarapan pagi.
“Teringat semalam lalu salah sebuah lorong terowong tersebut.
“Ingatkan nombor plat kereta saya sahaja yang tercabut, malah beberapa nombor plat kenderaan lain juga tercabut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Posting tersebut mendapat 450 reaksi dan telah mendapat komen lebih 30 netizen laman sosial tersebut.
Salah seorang pengguna lain dikenali Mus Shah secara berseloroh memaklumkan penduduk kawasan sekitar tidak perlu lagi tercari-cari nombor plat kenderaan mereka sekiranya tercabut ketika hujan.
“Lepas ini, cari sahaja nombor plat di antara dua terowong itu,” tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi netizen, Ady Abd berkata, pengguna kenderaan perlu memandu perlahan sekiranya melalui kawasan yang paras airnya dinaiki tinggi.
“Selain elak nombor plat tertanggal, cara ini boleh mengelakkan enjin kenderaan menyedut air,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE