fbpx

Kedah umum 5 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan 5 Februari ini sebagai cuti peristiwa negeri sempena perayaan Thaipusam.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat exco pada minggu lepas.

“Pemberian cuti peristiwa ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada penganut Hindu di negeri ini untuk meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut berharap kepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa itu dapat memberikan mereka manfaat yang sebaik-baiknya.

“Ini memandangkan ia (Hari Thaipusam) jatuh pada hari Ahad yang berturutan dengan cuti mingguan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI