fbpx

Kawan enggan bayar hutang, tuntut di Mahkamah Tuntutan Kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video TikTok penerangan oleh Lawyer Ghandi.

PETALING JAYA – Adakah anda mempunyai sahabat yang berhutang, namun enggan membayarnya kembali biarpun telah berkali-kali menuntut supaya ia dilangsaikan?

Lebih parah apabila peminta hutang iaitu anda sendiri yang kena ‘block’ pada aplikasi media sosial oleh sahabat kerana meminta hutang itu dibayar atau dimarah kembali seperti anda pula yang berhutang.

Menerusi penjelasan peguam bela dan peguam cara Lawyer Ghandi pada akaun TikTok, beliau memberitahu hutang yang dibuat oleh orang lain berjumlah RM5,000 ke bawah boleh dituntut di Mahkamah Tuntutan Kecil.

“Jika hutang anda RM5,000 ke bawah, anda sebenarnya tidak perlu ambil peguam. Tuntutan boleh dibuat di Mahkamah Tuntutan Kecil berhampiran tempat tinggal penghutang. Bagi hutang berjumlah besar pula, boleh mulakan kes di mahkamah sivil.

“Ingat ‘screenshot’ WhatsApp dan resit transaksi (transfer) boleh digunakan sebagai bukti. Adalah disarankan buat perjanjian bertulis jika hutang melibatkan jumlah yang besar,” katanya pada video tersebut.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya tidak membiarkan hutang menjadi perosak kepada hubungan persahabatan yang terjalin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI