fbpx

Gajikan warga asing tanpa kebenaran, 11 premis disita DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan dikenakan terhadap premis terlibat oleh DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan di sebuah pusat membeli belah, Bukit Bintang, di sini, semalam. - IHSAN DBKL

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 buah premis yang dikendali oleh warga asing, diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan di sebuah pusat membeli belah, Bukit Bintang, di sini, semalam.

Daripada 14 buah premis yang diserbu, 11 premis diarah tutup serta merta dan 14 notis kompaun dikeluarkan ke atas premis berkenaan melibatkan empat kesalahan tiada lesen perniagaan dan 10 lantik pembantu tiada kebenaran.

DBKL menerusi hantaran di Facebook berkata, pemerhatian dan risikan dilakukan pihaknya sejak seminggu yang lalu terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga Bangladesh, Pakistan, dan Myanmar.

Katanya, 14 premis tersebut dikendalikan warga asing dalam perniagaan penjualan pakaian, kasut, beg, aksesori telefon, aksesori komputer, membaiki peralatan elektrik dan salon kuku.

“Menerusi pemeriksaan kali ini, semakan dibuat ke atas 27 orang pembantu atau pengendali premis warga asing dan tindakan penutupan serta merta terhadap 11 buah premis menerusi Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Kami turut keluarkan surat tunjuk kepada pemilik premis warga tempatan bagi pengesyoran penamatan atau pembatalan lesen perniagaan berikutan membenarkan warga asing mengendalikan aktiviti perniagaan mereka tanpa kebenaran sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru itu, DBKL menegaskan akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dan pemerhatian di semua lokasi tumpuan (hotspot) yang lain melibatkan aktiviti-aktiviti perniagaan dikendalikan oleh warga asing.

Pihaknya juga akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengikut bidang tugas dan peruntukan bidang kuasa masing-masing. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI