fbpx

Fenomena ‘Light Pillars’ muncul di Kunak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang sempat dirakam dan dimuat naik oleh netizen di Facebook.

PETALING JAYA – Fenomena tiang cahaya yang pertama kali kelihatan di kawasan Kampung Pangkalan Kunak, sempat dirakam dan dikongsikan netizen, semalam.

Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh penduduk daerah Kunak, fenomena menakjubkan ‘Light Pillars’ tersebut muncul di langit malam dan dapat dilihat di kawasan sekitarnya.

“Tiang cahaya atau lebih dikenali ‘Light Pillars’ berlaku disebabkan cahaya bulan yang yang memantulkan kristal ais di awan,” jelasnya.

Seorang pengguna, Kamal terpukau dengan permandangan yang mengagumkan tersebut walaupun hanya dapat dilihat menerusi gambar.

“Ini semua kekuasaan Allah yang Maha Esa dan yang menciptakan alam maya di dunia ini,” katanya menerusi ruangan komen.

Terdahulu, Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) telah menjelaskan berkenaan fenomena ini menerusi satu hantaran.

Menurutnya, ia merupakan fenomena optik atmosfera yang berlaku apabila terdapatnya cahaya terang di permukaan bumi dan dikelilingi air.

“Semasa ia berlaku, suhu atmosfera sangat sejuk sehingga membentuk kepingan ais yang tidak terlihat dengan mata kasar.

“Pertembungan dengan suhu bumi yang panas menyebabkan cahaya tadi terpantul ke atmosfera dan kelihatan seolah-olah tiang cahaya tergantung di langit,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI