fbpx

EPL: Sensasi Erling Haaland semakin luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND meledak hatrik keempat di EPL dalam tempoh 19 aksi sahaja sekali gus memadamkan rekod Van Nistelrooy sebelum ini. – AFP

MANCHESTER – Penggempur Manchester City, Erling Haaland terus menyerlahkan kualiti luar biasa apabila melepasi angka 23 gol yang dicatatkan Mohamed Salah dan Son Heung-min ketika menerima Anugerah Kasut Emas musim lalu.

Hatrik yang dilakukannya ketika membantu City menang 3-0 ke atas Wolverhampton Wande­rers di Etihad, kelmarin melengkapkan gol ke-25 peribadinya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyerang Norway itu sebelum ini telah meledak 18 gol dalam 11 aksi di Etihad sekali gus merekodkan sejarah baharu kelab membabitkan perlawanan EPL di laman sendiri dalam tempoh semusim.

Pencapaian hebat itu menyaksikan Haaland berjaya atasi rekod lama milik Sergio Aguero yang meledak 16 gol semusim di laman sendiri dan tidak menunjukkan penurunan prestasi setakat ini.

“Ketika permainan masih lagi terikat 0-0, kami tidak berada dalam keadaan tertekan. Bola sepak sukar dijangka, namun kami sudah bersedia, malah kombinasi Haaland dengan Kevin de Bruyne juga cukup hebat.

“Haaland sudah pun meme­cahkan rekod dan prestasinya cukup mengagumkan. Jika dia bermain 90 minit, dia mungkin mampu menambah jumlah ja­ringan, namun tiga gol yang dihasilkannya sudah pun bantu pasukan raih kemenangan,” kata Pengurus City, Pep Guardiola.

Haaland juga muncul pemain terpantas merekodkan empat hatrik iaitu dalam 19 perlawanan sahaja mengatasi rekod lama milik bekas bintang Manchester United, Ruud Van Nistelrooy yang melakukannya dalam 65 perlawanan.

“Saya rela penyokong mengkritik kami berbanding mereka hanya berdiam diri kerana saya mahu mereka sentiasa berharap sesuatu yang lebih baik daripada pemain,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI