fbpx

Empat sekeluarga cedera kereta terperosok dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta selepas terlibat nahas di Jalan Melaka Pindah, pagi tadi.

ALOR GAJAH – Empat sekeluarga cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu terperosok ke dalam parit berhampiran ladang sawit di Jalan Melaka Pindah, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa terlibat adalah pasangan suami isteri berusia 51 dan 52 tahun, anak mereka 14 tahun serta anak saudara 23 tahun.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Nazri Mat Rais berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.07 pagi.

Ujarnya, sepasukan 10 pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Pasukan tiba kira-kira 12 minit kemudian dan semua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat, namun cedera ringan di beberapa bahagian anggota badan,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, mangsa yang dalam perjalanan dari Machap Umboo ke Alor Gajah itu dihantar ke hospital menaiki ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI