fbpx

‘Danang’ dicari langgar lari remaja sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu pacuan empat roda dikenali Danang, yang sedang dikesan polis.

KLANG – Seorang remaja maut dalam kemalangan langgar lari di simpang tiga Jalan Limau di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam, mangsa berusia 19 tahun itu maut selepas motosikal ditungganginya jenis Yamaha SM Sport dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan pulang bekerja dari arah Jalan Meru ke Jalan Iskandar.

Keadaan kenderaan pacuan empat roda dan motosikal mangsa di lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki dipercayai berusia 30an dari arah bertentangan yang hendak membelok kiri simpang.

“Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak ke dalam parit besar dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, pemandu pacuan empat roda itu telah melarikan diri dari lokasi kejadian.

Sehubungan itu, Vijat menjelaskan, pihaknya kini mengesan pemandu tersebut yang dikenali sebagai Danang untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Surihan Samsudin di talian 013-2082327 atau balai polis berdekatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI