KEINGINAN penyanyi Mina untuk memiliki sebuah tas tangan mewah jenama Hermès tidak kesampaian apabila dia ditipu.
Menerusi Instagram, bekas ahli kumpulan AOA itu mendedahkan, kejadian berlaku ketika dia mahu membeli beg tangan berkenaan dalam sebuah aplikasi barangan terpakai.
Cerita Mina, sepatutnya dia dan penjual tersebut melakukan kaedah pertukaran beg mewah antara satu sama lain.
“Bukan saya ditipu dari segi wang, tetapi kami patutnya bertukar bag tangan. Jadi saya hantar kepadanya sebuah beg tangan bernilai 50 juta won (RM173,782).
“Dia terima beg yang dikirim saya tetapi tidak mengirim tas tangan Hermès seperti dijanjikan. Tiba-tiba penjual itu menghilangkan diri,” dedahnya.