fbpx

Bayi Orang Asli sesak nafas naik helikopter ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tijah (tengah) mendukung anaknya, Herissya semasa menaiki helikopter menuju ke Hospital Gua Musang, semalam. FOTO IHSAN UNIT UDARA JBPM

GUA MUSANG – Seorang bayi perempuan Orang Asli yang sesak nafas di Pos Balar di sini, dibawa ke Hospital Gua Musang menggunakan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), semalam.

Herissya Hefly yang berusia setahun tiga bulan mempunyai penyakit lelah, selsema dan batuk, dilaporkan mengalami kesukaran bernafas sejak tiga hari lalu.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman berkata, helikopter jenis Agusta Westland 189 (AW189) yang ditugaskan untuk operasi penghantaran bekalan makanan ke kampung Orang Asli telah digunakan untuk mengambil kanak-kanak berkenaan.

Tijah (depan, tengah) mendukung anaknya, Herissya untuk menaiki helikopter menuju ke Hospital Gua Musang, semalam. FOTO IHSAN UNIT UDARA JBPM

Katanya, JBPM menerima panggilan kecemasan dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk melakukan operasi pemindahan perubatan (Medevac).

“Dua jururawat dari Hospital Gua Musang dibawa menaiki helikopter ke Pos Balar bagi mengeluarkan pesakit terbabit.

“Helikopter berlepas dari Padang Sivik pada pukul 10.26 pagi dan mendarat di Kampung Gawin kira-kira 50 minit kemudian. Helikopter itu kemudian terus menuju ke Pos Balar sebelum mengambil pesakit bersama ibunya, Tijah Enda, 22, ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Mohd. Hasrizal berkata, pesakit berada dalam keadaan stabil semasa menaiki helikopter dan telah dihantar ke Hospital Gua Musang di sini, untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI