fbpx

Banjir: 3 beradik terperangkap, panjat bumbung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga beradik terpaksa memanjat bumbung kenderaan untuk menyelamatkan diri.

SEGAMAT – Tiga beradik lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang mereka naiki ditenggelami banjir di Jalan Impian, Taman Impian, Labis petang hari ini.

Kesemua mereka terpaksa menyelamatkan diri dengan keluar dari kenderaan pelbagai guna (MPV) dan duduk di atas bumbung kenderaan tersebut sebelum diselamatkan pihak bomba.

Menurut Ketua Balai Bomba Labis, PPgB Hafifie Md Sarif, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.51 petang mengenai mangsa yang terperangkap dalam banjir.

Menurunya, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, di dapati tiga orang mangsa yang kesemuanya lelaki telah berada di atas bumbung kenderaan.

“Kenderaan mangsa telah separuh tenggelam dalam banjir dan terperangkap di tengah-tengah kawasan yang telah dinaiki air.

“Seramai lima orang anggota Bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan dan mangsa berjaya diselamatkan dalam masa 30 minit.

“Terima kasih kepada orang awam yang bertindak pantas menghubungi pihak bomba bagi memaklumkan mengenai kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, ketiga-tiga beradik terbabit berada dalam kenderaan tersebut dalam perjalanan dari Labis ke Segamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI