fbpx

Anjing Alaska, bulu lebat curi tumpuan orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik anjing sedang membawanya bersiar-siar sekali gus menjadi perhatian masyarakat.

PETALING JAYA – Anjing bulu lebat didakwa berbaka Malamut Alaska menjadi perhatian apabila binatang yang berasal dari habitat sejuk itu dibela di Malaysia yang bercuaca panas.

Menurut hantaran dimuat naik pengguna Tiktok, @nazirrr_01, memaparkan seorang individu membawa binatang besar berbulu lebat yang setinggi paras lutut itu keluar bersiar-siar.

“Besar. Cuba anda teka, ini haiwan apa,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berasa gerun dengan saiz binatang tersebut dan ada juga yang menyifatkan binatang comel itu tidak sepatutnya dibela dengan cuaca panas di negara ini.

“Comelnya, tapi jika jumpa secara berdepan, lari tidak cukup tanah rasanya,” seloroh @yanabatrisyah.

“Baka ini hidup di tempat sejuk. Tapi, jika lahir di Malaysia, mungkin sudah terbiasa dengan cuaca panas,” kata @j_annaha.

“Ada juga yang menggelarnya anjing beruang (dog bear). Sebab dia boleh membesar sama saiz dengan beruang,” ujar @naimanuar93.

Seorang pengguna lain, @myazaara berkata, dia pernah melihat saiz lebih besar sebelum ini di kawasan rumah kerana pemiliknya selalu membawanya keluar berjalan-jalan.

Hantaran video itu meraih 61,500 tanda suka dan 697,700 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI