fbpx

Anak baru 2 bulan, Alia Bhatt disangka hamil lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIA BHATT

GARA-gara melancarkan produk baharu berkaitan persalinan ibu hamil mencetuskan khabar angin mengenai kehamilan aktres Alia Bhatt.

Desas-desus berkenaan hangat menjadi tajuk muka depan akhbar kerana isteri Ranbir Kapoor itu baru saja melahirkan anak sulung mereka pada 6 November tahun lalu yang dinamakan Raha.

Sudah tentu kehamilan semula ketika puteri pertama belum pun mencecah usia setahun membuatkan ramai peminat terkejut.

Begitupun, selepas menjelaskan situasi sebenar, rata-rata peminat berharap Raha mendapat kasih sayang secukupnya sebelum menerima adik.

Akui bintang popular itu, barangkali orang salah sangka kerana gambar promosi produk tersebut menggunakan foto ketika dia sedang mengandungkan Raha.

Jelas Alia, perancangan menimang cahaya mata kedua belum difikirkan buat masa ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI