fbpx

Amaran hujan berterusan kategori bahaya di Johor, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Metreologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori bahaya di Johor dan Sabah sehingga Rabu ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, di Johor, hujan sangat lebat berterusan diramalkan di Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sabah, kawasan yang akan berdepan dengan hujan berterusan ini adalah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” katanya.

Tambah MetMalaysia, amaran hujan berterusan kategori buruk turut dikeluarkan di kawasan lain di Johor seperti Segamat, Batu Pahat serta Pontian, manakala di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Belong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu).

Amaran kategori buruk ini juga dikeluarkan di beberapa kawasan lain di Sabah seperti Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu).

Sementara itu, amaran hujan berterusan kategori waspada telah dikeluarkan di beberapa kawasan di Pahang, seperti Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Di Johor, amaran sama dikeluarkan bagi beberapa kawasan seperti Tangkak dan Muar.

“Sama juga seperti kawasan di Sarawak iaitu Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) manakala Sabah adalag Sandakan (Tongod),” jelasnya.

Dalam pada itu, cuaca di seluruh negara diramalkan dalam keadaan cerah dan baik ekoran tiada amaran hujan lebat dikeluarkan oleh MetMalaysia setakat pagi ini.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI