fbpx

Yadim sokong penuh bantahan terhadap Paludan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan Paludan membakar naskah suci al-Quran menerima kecaman umat Islam seluruh dunia.

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyokong penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk tindakan membakar al-Quran oleh ahli politik Sweden, Rasmus Paludan kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, pihaknya menyeru umat Islam negara ini agar bersatu menyokong bantahan ini dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keamanan bersama.

Beliau berkata, selain mengadakan bantahan menerusi saluran diplomatik, ajaran agama ini yang sentiasa menyeru ke arah kebaikan mesti disebarkan bukan sahaja di dunia Islam semata mata.

“Mesej ke arah belas kasihan, rahmah dan kasih sayang serta budi bahasa yang terdapat dan selalu ditegaskan dalam al-Quran mesti tegakkan.

“Sebarang percubaan untuk mengundang kebencian dan keganasan atas alasan kebebasan dan hak asasi manusia tidak boleh dibenarkan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Paludan dan mereka yang berkongsi pandangan dengannya secara berterusan sudah menyebar tindakan bersifat keganasan sejak April 2022.

Justeru, katanya, tidak hairan ia mengundang rasa marah dan kecewa rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, khususnya warga yang beragama Islam.

“Rakyat negara ini juga percaya, sikap biadap Paludan ini tidak melambangkan budaya dan kepercayaan majoriti rakyat Sweden yang lain.

“Tindakan ini ini seharusnya dihentikan segera untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI