fbpx

Sungai di Johor, Melaka berada di paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran paras bahaya bagi Sungai Muar, Johor dan Sungai Duyong, Melaka Tengah pagi tadi.

Menerusi laman Facebooknya, JPS berkata, aras air di Sungai Muar di stesen Sungai Gemak di Kampung Lubok Kepong diramalkan melepasi aras bahaya sebanyak 0.02 meter.

“Trend paras air sungai tersebut menunjukkan peningkatan menaik dan dijangka akan melepasi aras bahaya pada pukul 11 pagi hari ini.

“Paras air di Sungai Duyong, Melaka Tengah juga telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.14 meter, namun menunjukkan trend penurunan,” katanya.

Sementara itu, dua sungai di Pahang iaitu Sungai Luit, Kampung Subuh, Maran dan Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis berada dalam tahap amaran.

Bagaimanapun, trend aras air menunjukkan penurunan sejak pukul 10.15 pagi tadi.

Amaran bahaya dikeluarkan apabila aras air sungai mula melimpah dan boleh menyebabkan banjir. Perpindahan perlu dilaksanakan jika perlu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI