fbpx

Sumbangan orang ramai tiada kaitan dengan Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairil Nizam

PETALING JAYA – Sumbangan orang awam kepada Pas ketika Pilihan Raya Umum (PRU) yang disebut Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiada kaitan dengan calon, wakil atau gabungan parti itu sendiri.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khairudin berkata, kenyataan Presiden Pas itu telah dipetik secara bercanggah dengan ucapan dan makna sebenar yang mahu disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Merujuk kepada kenyataan Presiden UMNO yang menyebut; ‘kalau dia (Pas) buat dipanggil sedekah, kalau kita (UMNO) buat dipanggil rasuah,’ ternyata ia adalah suatu kenyataan yang jelas bercanggah dengan ucapan dan makna sebenar Presiden Pas.

“Presiden Pas ketika menjawab soalan media di Negeri Sembilan semalam menyebut bahawa, undang-undang pilihan raya tidak membenarkan calon dan wakil calon memberikan sumbangan kepada pengundi, tetapi jika ada individu atau orang awam yang hendak memberikan sumbangan, terpulang kepada mereka sendiri.

“Adapun sumbangan orang awam tersebut tiada kaitan dengan calon, wakil calon atau Pas sebagai sebuah parti yang bertanding,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menasihati golongan ulama politik supaya tidak sesuka hati menukar hukum dan fatwa agama.

Katanya, tindakan itu boleh menyebabkan golongan tersebut tidak dihormati rakyat dan umat Islam sendiri.

Mengulas lanjut, Khairul Nizam menegaskan, Pas tidak pernah mengamalkan sebarang bentuk politik wang atau sogokan rasuah kepada pengundi.

“Berbanding pihak lain yang terkenal dengan amalan politik wang sama ada dalam pemilihan parti mahupun pilihan raya dan tiada keabsahan moral untuk membangkitkan perkara ini,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI