fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, amaran ribut petir dikeluarkan di Kedah (Padang Terap, Kuala Muda, Sik dan Baling) dan di Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Cuaca buruk ini turut diramalkan di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

“Situasi sama turut dijangka di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang),” katanya.

Tambah MetMalaysia, cerapan cuaca di seluruh kawasan Melaka dan Negeri Sembilan juga menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada petang ini.

Sementara itu, amaran cuaca buruk turut dikeluarkan di Sarawak (Limbang) dan Sabah (Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) serta seluruh Labuan.

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI