fbpx

PM ucap tahniah kepada Speedy Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Sepanyol, Marc Mirralles (tengah) mengasak pemain Malaysia, Muhammad Ramadan Rosli (dua kanan) pada Piala Dunia Lelaki 2023 di Stadium Hoki Kalinga India. - Foto FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan ucapan tahniah kepada skuad hoki kebangsaan di atas prestasi memberangsangkan ketika beraksi di pusingan cross over, Piala Dunia Hoki 2023, malam tadi.

Ucapan tahniah itu dinyatakan Anwar menerusi hantaran di Twitter rasminya dan menyifatkan Speedy Tigers telah melakukan yang terbaik untuk negara.

“Terima kasih kerana telah lakukan yang terbaik. Malaysia tetap berbangga dengan prestasi kalian,” katanya.

Semalam di Stadium Kalinga, Malaysia tidak bernasib baik apabila tewas 3-4 menerusi penentuan penalti shoot-out selepas terikat 2-2 dengan Sepanyol pada aksi cross over.

Kekalahan itu meranapkan impian skuad hoki negara untuk mara ke peringkat suku akhir sebagai lapan pasukan terbaik dunia pada edisi kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI