fbpx

Op Selamat: 1,727 kenderaan kemalangan pada hari ke-5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hari kelima Op Selamat ke-19 mencatatkan sebanyak 1,445 kemalangan di seluruh negara sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, jumlah kemalangan itu melibatkan sebanyak 1,724 kenderaan pelbagai jenis.

Katanya, jumlah tertinggi mengikut statistik kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya menunjukkan kereta mencatatkan 75.99 peratus iaitu sebanyak 1,310 buah.

“Diikuti pacuan empat roda mencatatkan 13.34 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 230 buah terlibat kemalangan di seluruh negara, semalam.

“Jenis kenderaan selebihnya terdiri dari motosikal sebanyak 17 buah, bas (11), van (sembilan), teksi (dua) dan sebuah ambulans turut terlibat dalam kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan, seramai 58 individu maut dalam tempoh empat hari sejak Op Selamat ke-19 dikuatkuasakan di seluruh negara.

Jumlah berkenaan berdasarkan statistik di seluruh negara bermula 18 hingga 21 Januari membabitkan sebanyak 52 kemalangan maut sepanjang tempoh terbabit. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI