fbpx

Sempat mengadu sakit dada sebelum mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga asing yang ditahan kerana disyaki memiliki dadah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asistan Komisioner Raub Selamat berkata, Orang Kena Tahan (OKT) berusia 49 tahun itu disahkan meninggal dunia pada pukul 2.27 pagi ketika menerima rawatan.

Lelaki itu ditahan pukul 12.10 tengah malam hari sama kerana disyaki memiliki ganja seberat 54.7 gram bernilai RM2,850. Suspek ditahan di sebuah kondominium di daerah ini.

“Pada 1.20 pagi, semasa proses dokumentasi di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Johor Bahru Selatan, dia mengadu sakit dada sebelum dibawa ke HSA dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan  rawatan.

“Pada pukul 2.27 pagi, pegawai perubatan mengesahkan kematian si mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, tiga anak si mati dipanggil dan mengesahkan OKT adalah bapa mereka.

Katanya, maklumat yang diperoleh menunjukkan lelaki itu mempunyai sejarah penyakit jantung dan darah tinggi hampir 20 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI