fbpx

Lelaki meninggal dunia di kawasan kubur disangka tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang memeriksa mayat lelaki yang ditemui meninggal dunia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Seorang pencari kotak terkejut dengan penemuan mayat kenalannya di wakaf rehat Tanah Perkuburan Islam Kampung Panji Alam di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, Faizol Taib, 38, pada mulanya menyangkakan mangsa yang dikenali sebagai Kamal Mohd., 52, sedang tidur di wakaf rehat tersebut.

“Setahu saya dia yang menetap di Kampung Bukit Depu di sini gemar menghabiskan masa di tanah perkuburan ini sejak sebulan lalu tanpa diketahui sebabnya.

“Semalam saya nampak dia terbaring di atas wakaf rehat dan cuba mengejutkannya kerana menyangkakan dia tertidur. Rupa-rupanya dia sudah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Faizol berkata, dia difahamkan Kamal menghidap penyakit diabetes, tetapi tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Tambahnya lagi, kali terakhir dia bertemu arwah di kawasan tanah perkuburan tersebut pada Jumaat lalu.

Ketika itu, Kamal dilihat kurang sihat dan sering terbatuk.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd. Zaki Wan Ismail mengesahkan penemuan mayat lelaki tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI