fbpx

Mayat pendaki Gunung Tahan ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat pendaki yang ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dihanyutkan arus deras Sungai Tranum di Lipis hari ini.

LIPIS – Mayat seorang pendaki lelaki yang hanyut di Sungai Tanum dalam kawasan Taman Negara Sungai Relau di Merapoh ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, mangsa, Haniff Harun, 47, ditemui pada pukul 11.20 pagi tadi oleh pasukan penyelamat kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan aktiviti pendakian 10 pendaki sempena cuti umum berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Tanum.

Kejadian pada pukul 2.40 petang berlaku ketika mangsa dalam perjalanan turun dari Gunung Tahan.

Kumpulan itu mendaki Gunung Tahan pada 20 Januari lalu melalui Merapoh dan dijangka turun pada 24 Januari, tetapi akibat cuaca buruk menyebabkan mereka berpatah balik ke Kuala Juram.

Namun semasa melintas Sungai Tanum dari Gunung Tahan, seorang pendaki dihanyutkan arus sungai yang deras akibat hujan lebat.

Menurut Azli, operasi mencari melibatkan pihak polis, bomba, Pasukan Mencari dan Menyelamat Di Gunung dan Gua, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Merapoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI