fbpx

Lima warga asing ditahan selepas bergaduh ketika mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily menunjukkan wajah suspek yang ditahan bersama barangan rampasan dalam kejadian pergaduhan di Sungai Nibong dan Taman Chai Leng Park, Pulau Pinang, baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Perbuatan lima lelaki warga asing yang bergaduh dalam dua kejadian berasingan di Sungai Nibong, Bayan Baru di sini dan Taman Chai Leng Park, Perai mengundang padah apabila mereka ditahan pada 21 dan 22 Januari lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kejadian pertama berlaku pada 21 Januari lalu kira-kira pukul 9.50 malam melibatkan dua lelaki warga asing di sebuah rumah flat di Sungai Pinang.

“Polis telah menerima aduan terdapat pergaduhan di rumah flat berkenaan, mangsa seorang lelaki berusia 24 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah medan selera di Bayan Baru di sini.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan pada bahagian kening akibat dipukul oleh rakan serumahnya dengan menggunakan botol,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shuhaily, susulan daripada kejadian itu, pada 22 Januari, kira-kira 12.50 pagi, seorang suspek lelaki warga asing berusia 32 tahun telah ditahan.

“Punca kejadian dipercayai akibat mangsa dan suspek sedang minum bersama sehingga mabuk dan berlaku perselisihan faham antara mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Shuhaily berkata, empat lelaki warga asing berusia lingkungan 23 hingga 27 tahun ditahan selepas bergaduh di sebuah rumah di Taman Chai Leng Park pada jam 3.25 pagi, 22 Januari lalu.

“Dua daripada mereka mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan akibat terkena objek tajam ketika pergaduhan tersebut, manakala dua lagi tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan mendapati, sebelum kejadian kesemua suspek sedang minum arak bersama sehingga mabuk dan berlaku perselisihan faham antara mereka,” katanya suspek yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Beliau memberitahu, polis turut merampas sebilah pisau lipat sepanjang 15 sentimeter (cm) yang disyaki digunakan ketika kejadian dan kesemua warga asing tersebut direman selama empat hari sehingga 25 Januari ini mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI