fbpx

Kuda berkeliaran diselamatkan, pemilik akur serah sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh Nurhidayah di akaun Facebooknya

PETALING JAYA – Tiga ekor kuda yang berkeliaran di jalan raya di sekitar kawasan menghala Bukit Ampang, Selangor sejak pagi tadi telah berjaya diselamatkan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook Pegawai Pemerintah Unit Berkuda, Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan, DSP Nurhidayah Damanhoori di dalam satu hantarannya.

“Kami dah selamatkan ketiga-tiga ekor kuda tersebut. Pemilik ada datang tetapi kami pujuk bagi kami bawa balik dulu, sebab pemilik hanya peminat kuda yang mengupah pekerja sementara. Jarang datang tengok.

“Kami dah pantau tiga hari memang tiada penjaga. Hasil perbincangan dengan pemilik, kami bawa balik dan rawat dulu memandangkan kuda dalam keadaan teruk dan kandang kuda tidak cukup kelengkapan.

“Alhamdulillah pemilik akur sebab dah melibatkan beberapa kesalahan iaitu mengabaikan kebajikan kuda serta membahayakan keselamatan pengguna jalanraya,” tulisnya.

Nurhidayah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang sudi memberi tempat berteduh sementara buat tiga ekor kuda ini dan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyelamatkan haiwan malang tersebut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiga ekor kuda tersebut dilihat berkeliaran tanpa bertuan atau penjaga di kawasan terbabit sejak pagi tadi.

Salah seekor daripada kuda tersebut juga kelihatan lemah dan tidak mampu bangun kerana dipercayai tidak diberi makanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI