SHAH ALAM – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr. Rani Osman, 65, meninggal dunia pagi tadi.
Allahyarham yang merupakan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor meninggal dunia kira-kira pukul 5 pagi tadi.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar menzahirkan ucapan takziah dan dukacita di atas pemergian Allahyarham.
“Moga keluarga dan sahabat handai seperjuangan tabah dan sabar di atas pemergian insan tercinta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Allahyarham menjadi ADUN Meru dari 2008 hingga 2018 selain menyandang Pesuruhjaya Pas Selangor antara tahun 2011 hingga 2013. – KOSMO! ONLINE