fbpx

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik dilaporkan lancar dan terkawal di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK). - Foto IHSAN LLM

PETALING JAYA – Aliran trafik keseluruhannya lancar di sepanjang laluan utama lebuh raya dan tiada kesesakan teruk dilaporkan pada pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi perkongsian di Facebook rasminya, memaklumkan trafik masih lancar di kedua-dua arah melibatkan Kuala Lumpur-Karak (KLK), Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 setakat pukul 9.32 pagi.

Lebuh Raya Utara-Selatan juga menurutnya, turut lancar termasuk lokasi dipersekitaran plaza tol.

Sebelumnya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi Facebook memaklumkan, pengaktifan ‘Smartlane’ akan dilaksanakan di laluan di antara persimpangan Port Dickson Utara ke Persimpangan Seremban (arah utara).

“Sistem Smartlane akan diaktifkan di Kilometer (KM) 260 hingga KM263.1 pada 23, 24 dan 29 Januari ini iaitu dari pagi hingga petang sebagai inisiatif PLUS dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan LLM.

“Ia bertujuan untuk menambah kapasiti lorong sedia ada, membantu melancarkan dan menyuraikan trafik ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina 2023,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI