fbpx

Wang dalam bank lesap dicuri anak ketika terlantar sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Huai duduk di atas kerusi roda ketika ditemu bual pemberita. - Thaiger

BANGKOK – Seorang wanita berumur 83 tahun menerima wang ganti rugi sebanyak 207 juta baht (RM27.17 juta) selepas duit yang disimpan di sebuah bank di Bangkok dicuri anak perempuannya sendiri, lapor laman berita The Nation semalam.

Mahkamah Sivil Phra Khanong membuat keputusan itu dengan bank tersebut, empat pekerjanya termasuk timbalan pengurus cawangan serta anak perempuan wanita berkenaan didapati mencuri 250 juta baht (RM32.82 juta) daripada akaun banknya ketika dia terlantar sakit.

Wanita tersebut, Huai Sriwirat, memfailkan kes di mahkamah pada November 2019 dengan menuduh bank itu, empat pekerja dan anak keduanya, Mawadee Sriwirat memalsukan dokumen untuk memindahkan wang daripada akaun bank miliknya.

Semasa ibunya sakit tenat, Mawadee dilaporkan mengubah syarat mengeluarkan wang daripada akaun Huai di dua cawangan bank dengan bantuan kakitangan, demikian menurut tuntutan mahkamah. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI