fbpx

Sepadan, peminat suruh Hafreez, Afifah kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN rapat Hafreez dan Afifah memang diketahui ramai peminat mereka.

PERKONGSIAN foto antara pelakon Hafreez Adam dengan Afifah Nasir yang dimuat naik dalam Instagram miliknya menarik perhatian peminat apabila masing-masing dikatakan sepadan.

Dalam foto tersebut, Hafreez dan Afifah bergambar bersama-sama ketika pelakon kacak itu hadir ke majlis sambutan hari lahir anak buah kepada Afifah baru-baru ini.

Hubungan akrab antara kedua-duanya sekali gus menarik perhatian peminat sehingga masing-masing membuat spekulasi sendiri dengan mendakwa Hafreez dan Afifah sedang dilamun cinta.

Wah! Benarkah seperti apa yang dikata? Pada pandangan mata Diva sendiri, memang sangat secocok dan serasi jika Hafreez dan Afifah berpasangan.

Menjengah dalam ruangan komen, pengikut Hafreez juga seakan-akan memberi restu dan meminta agar dia segera mengambil ‘langkah’ jika sudah suka sama suka.

Malah ramai juga yang mendoakan agar kedua-dua mereka berjodohan untuk menjadi pasangan suami isteri suatu hari nanti.

Tapi sayangnya, Afifah baru sahaja umum dirinya akan bernikah pada tahun depan dengan seorang jejaka yang tidak didedahkan identitinya.

Hm, siapalah gerangan jejaka bertuah itu yang berjaya menambat hati Afifah ya? Tak sabar nak tahu.

Tapi semua terpaksa tunggu tahun depan nampaknya. Sebab Afifah beri laluan kepada kakaknya, Mia Nasir untuk bernikah terlebih dahulu tahun ini.

Wah, berderet-deret ya kahwin. Kalau Afifah dah nak kahwin, Hafreez pula macam mana? Dah lama solo kan sejak putus tunang. Diva doakan baik-baik ya!

DIVA: Selepas Aliff Aziz dan Bella Astillah, kini Aidit Noh pula dakwa disihir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI