fbpx

Sebahagian besar MA63 diselesaikan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebahagian besar perkara utama dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berjaya diselesaikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal berkenaan penting supaya kerajaaan dilihat serius menunaikan janji dalam perjanjian tersebut.

Kata beliau, perkara itu merangkumi pelantikan wakil dalam Ahli Lembaga di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jelas beliau, turut ditambah bantuan pendidikan dan infrastruktur kesihatan serta peruntukan perbelanjaan tahunan kepada Sabah dan Sarawak.

“Pertama, (soal) perbelanjaan semuanya termasuk RM10 juta (kepada) dan RM20 juta kepada sekolah. Jadi sekarang ini kita perturunkan pelaksanaan di peringkat negeri di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dengan tentunya syarat pengawasan dan peraturan kewangan yang ketat serta dipantau Kementerian Kewangan.

“Kemudian wakil Sabah dan Sarawak dalam LHDN, jadi saya telah luluskan.

“Ketiga soal peruntukan tahunan ada dalam perjanjian itu. Selama ini Sarawak dapat RM16 juta, jadi bagi dia tak munasabah sumbangan perbelanjaan. Oleh itu kita buat ada beberapa format peraturan yang meningkatkan kepada RM300 juta setahun (yang mana) itu tertakluk kepada perincian perjanjian,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Anwar berkata, sebahagian besar perkara yang dapat diselesaikan itu adalah hasil dukungan semangat perpaduan semua parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan dalam mencari penyelesian secara bersama.

Katanya, oleh kerana semangat perpaduan ada bersama, sebahagian besar daripada isu MA63 telah berjaya selesaikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI