fbpx

Saintis Jepun cipta teh daripada najis ulat beluncas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penyelidik Jepun, Tsuyoshi Maruoka berjaya mencipta teh baharu chu-hi-cha yang diperbuat daripada najis ulat beluncas (kanan). - OddityCentral

TOKYO – Seorang penyelidik dari Universiti Kyoto, Jepun, mencipta sejenis teh baharu dinamakan ‘chu-hi-cha’ yang diperbuat daripada najis ulat beluncas, lapor laman berita Oddity Central.

Tsuyoshi Maruoka, mendapat idea bagi menghasilkan teh ulat tersebut semasa menjadi siswazah di Fakulti Pertanian universiti tersebut sambil menyelidik hubungan ‘misteri’ antara serangga dan tumbuhan. 

Suatu hari, seorang senior membawa 50 larva rama-rama gipsi ke dalam makmal dan memberitahu Maruoka bahawa ia adalah cendermata. Dia kemudian memutuskan untuk memastikan serangga itu terus hidup.

Sehubungan itu, Maruoka memetik sejumlah daun dari pokok ceri berhampiran dan memberi makan kepada ulat-ulat tersebut. 

Apabila membersihkan najis yang ditinggalkan oleh haiwan itu, dia menyedari bahawa ia mempunyai bau harum dan mendapat ilham untuk membancuhnya menjadi teh.

Bukan sahaja warna gelap najis memberikan teh warna yang menyenangkan tetapi minuman itu berbau seperti bunga sakura dan mempunyai rasa yang sedap. 

Diilhamkan oleh penemuannya, Maruoka memutuskan untuk mencipta versi komersial teh tersebut. Dia baru-baru ini menyiarkan satu kempen bagi mendapat tajaan wang daripada orang ramai di platform Jepun, Camp-Fire.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI