fbpx

Promosi kedai emas, Nad Zainal disangka nak nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Nad Zainal di kedai emas mengundang spekulasi pernikahannya bersama Ungku Ismail.

LAIN yang dipapar, perkara berbeza pula dicetuskan peminat.

Sepertinya itu yang berlaku kepada Nad Zainal selepas dia memuat naik sebuah hantaran Instagram mengenai pengalamannya membeli barangan kemas.

Apabila dengar perkataan emas, memang laju sel-sel otak segelintir netizen membuat andaian dan mengajukan pelbagai persoalan sama ada Nad beli untuk pernikahannya dengan Ungku Ismail.

“Beli untuk hantaran ke?” soal seorang pengikut Instagramnya.

“Adakah Nad beli seutas gelang untuk sesi batal air sembahyang (nikah)?” komen seorang lagi netizen.

Laju sungguh masing-masing membuat spekulasi sendiri. Dari sudut kefahaman Diva, entri tersebut hanya untuk promosi kedai emas berkenaan.

Sudah-sudahlah dengan spekulasi, Nad sendiri tidak pernah membuat kenyataan rasmi mengenai hubungannya dengan Ungku Ismail.

Jika mereka bercinta, doakan agar ke jenjang pelamin. Jangan tak maklum pula!

DIVA: Apa agaknya Ira Kazar rasa apabila hampir setiap hari namanya dikecam ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI