fbpx

Pintu kabin roda Ferris tercabut, hempap kepala pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sutthiwat mengalami luka di kepala dan lebam di seluruh badan selepas kejadian itu. - Thaiger

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand cedera selepas dihempap pintu kabin roda Ferris seberat 20 kilogram yang jatuh dari ketinggian 10 meter ketika menghadiri satu festival di wilayah Buriram minggu lalu, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Pasukan penyelamat bergegas ke acara itu di daerah Lam Prai Mart untuk memberi pertolongan cemas kepada mangsa, Sutthiwat Kruephimai, 21.

Sutthiwat mengalami luka di kepala dan lebam di seluruh badan, namun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan yang mengancam nyawa.

Selepas sembuh, Sutthiwat memberitahu media bahawa dia pergi ke festival itu bersama datuk, nenek dan seorang saudara berusia tujuh tahun.

Sutthiwat menunggu di kawasan berhampiran ketika neneknya dan kanak-kanak tersebut menaiki roda Ferris.

Sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari kabin roda Ferris, Sutthiwat berkata, dia mendengar bunyi ‘sesuatu’ di atas kepalanya.

Beberapa saat kemudian, sebuah pintu jatuh dari langit dan menimpanya. 

Pengendali permainan tersebut, Natthapon Kloy-on, 38, berkata, dia memberi pampasan 2,000 baht (RM262) kepada mangsa dan bersedia bertanggungjawab sepenuhnya.

Natthapon tidak pasti bagaimana kejadian itu berlaku tetapi berpendapat bahawa beberapa pelanggan mungkin telah membuka kunci pintu kabin semasa roda Ferris masih bergerak, sebelum ia melanggar struktur utama dan terjatuh.

Dia bagaimanapun tidak menghadapi sebarang pertuduhan selepas kemalangan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI