PETALING JAYA – Pemain ragbi kebangsaan, Dinesvaran Krishnan menjadi pemain pertama negara menyertai liga di Amerika Syarikat (AS).
Facebook rasmi Malaysia Rugby hari ini berkata, Krishnan bakal menyertai kelab ragbi Chicago Hounds dalam liga Major League Rugby negara tersebut.
“Tahniah @duke_krishnan!
” Dia akan menyertai Chicago Hounds dan merupakan pemain ragbi pertama Malaysia akan beraksi di Major League Rugby, USA.
“Malaysia Rugby mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah,” tulisnya hari ini. – KOSMO! ONLINE.