fbpx

Peluang ‘besar’ Malaysian Tigers ke suku akhir Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARUL (tengah) memberi arahan kepada anak-anak buahnya ketika sesi latihan di Stadium Kalinga semalam. – FARIZ RUSADIO

SKUAD hoki kebangsaan harus memanfaatkan sepenuhnya bahkan perlu bermatian-matian apabila turun beraksi menentang pasukan Sepanyol di pusingan cross over, sekali gus mengesahkan tiket ke suku akhir sebagai lapan pasukan terbaik Piala Dunia Hoki 2023 di Stadium Kalinga petang ini.

Barisan kejurulatihan yang diketuai A. Arul Selvaraj difahamkan sudah membuat kajian mendalam terhadap corak permainan Sepanyol yang lebih gemar dengan penguasaan bola dan melakukan serangan menerusi bahagian tengah.

Meskipun rekod lebih memihak kepada Sepanyol, namun Malaysia yang baru sahaja naik ke ranking No. 9 dunia, pernah menewaskan The Red Sticks 4-3 pada pertemuan kedua-dua pasukan pada Kejohanan Jemputan Empat Negara 2019.

Jika berjaya menewaskan Sepanyol, menanti Malaysian Tigers di peringkat suku akhir pada Selasa depan adalah pasukan di ranking No. 1 dunia iaitu Australia yang meraih slot automatik sebagai juara Kumpulan A.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI