fbpx

Pekerja ladang sawit hilang terjatuh jeti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Maritim Malaysia menjalankan SAR terhadap warga emas yang terjatuh di sekitar perairan Kuala Langat.

KUALA LANGAT – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut di jeti awam Tanjung Sepat di sini, sejak kelmarin.

Mangsa, S. Muniandy, 63, disedari hilang kira-kira pukul 11 pagi selepas motosikal, pakaian dan seliparnya ditemui di hujung jeti tersebut oleh anaknya sendiri.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, berdasarkan siasatan mendapati mangsa merupakan pekerja ladang kelapa sawit dilihat kali terakhir berkemeja biru muda dan berseluar pendek coklat.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah diaktifkan sejak semalam dan pencarian diteruskan pagi ini dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan komuniti nelayan setempat.

“Kita turut menghantar bantuan di darat bagi pemantauan di sekitar pesisir pantai Tanjung Sepat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Motosikal mangsa yang ditemui di kawasan jeti tersebut.

Beliau menambah, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) turut ditubuhkan di Jeti Maritim Awam Tanjung Sepat.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI