NEW DELHI – Seorang lelaki dari negeri Bihar, India dilaporkan memotong alat sulit sendiri selepas isterinya enggan pulang ke rumah dan tinggal bersama ibu bapanya, lapor laman berita India Today semalam.
Kejadian itu berlaku di kawasan Rajni Nayanagar Jumaat lalu manakala lelaki tersebut dikenali sebagai Krishna Basuki, 25.
Menurut sumber, Krishna tinggal dan bekerja di Mandi Punjab dan dia pulang untuk melawat keluarganya di Rajni Nayanagar dua bulan lalu namun isterinya, Anita, telah pergi ke rumah ibu bapanya dan menangguhkan kepulangannya.
Ia menyebabkan lelaki yang mempunyai empat cahaya mata itu marah lalu dia memotong alat sulitnya dengan senjata tajam.
Saudaranya kemudian menemuinya dalam keadaan berlumuran darah dan membawanya ke Hospital Kolej Perubatan. Beberapa sumber mendakwa bahawa dia mengalami gangguan mental.
Bagaimanapun, Dr. Sukesh Kumar dari hospital tersebut berkata, Krishna sedang dirawat dan tidak berada dalam keadaan yang mengancam nyawanya. – Agensi