fbpx

Keluarga Cina buat ‘kelainan’ makan besar Tahun Baharu Cina di kedai mamak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zee How (depan bertopi) bersama keluarganya makan besar Tahun Baharu Cina di sebuah kedai mamak.

PETALING JAYA – Makan besar sempena Tahun Baharu Cina kebiasaannya dibuat di rumah atau di restoran dan hotel, namun berbeza dengan satu keluarga Cina ini yang meraikannya di kedai mamak.

Menerusi Facebook Ulasan Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How semalam, dia memuat naik gambar bersama ahli keluarganya makan besar sempena Tahun Baharu Cina di sebuah warung mamak difahamkan di Kedah.

“Makan malam besar di warung mamak. Tak perlu tempah, tak perlu sesak, tak perlu tahan jerit ‘yum seng’, makanan sedap. Makan malam besar Tionghoa adalah untuk penyatuan keluarga sebelum Tahun Baharu Cina.

“Ini Malaysia, warisi kebudayaan Tionghoa pun boleh campurkan unsur-unsur ‘ke-Malaysia-an’. Bukan semua kena ikut Tanah Besar China. Semoga kalian sihat dan bahagia,” katanya pada hantaran tersebut.

Perkongsian gambar itu telah menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya termasuk ada yang memuji kerana menyambut perayaan tersebut secara sederhana.

“Ringkas dan sangat bermakna. Itu yang terbaik, bersederhana itu tanda syukur dengan cara tersendiri. Selamat Tahun Baharu Cina,” kata Izzet Siti Norazmiza meninggalkan komen.

“Terbaik bro. Sekarang kita sudah jadi rakyat perpaduan. Tak kira bangsa dan agama, kita rakyat Malaysia mesti bersatu padu. Kita mahu negara kita Malaysia aman damai,” ujar Md. Dali Lam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI