fbpx

Kebaikan dibalas keburukan, Diana Rafar marah siapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA RAFAR

BARU-BARU ini Diva ada perasan pelakon Diana Rafar memuat naik status berbaur sindiran dalam InstaStory seakan-akan tidak berpuas hati dengan seseorang.

Menerusi perkongsian tersebut, Diana tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan, namun berdasarkan apa yang ditulis, isteri kepada aktor Zamarul Hisham itu meluahkan rasa kesal terhadap individu terbabit.

“Tak semua orang berhati perut. Betullah apa orang kata buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!

“Kita dah hulurkan bantuan, tak reti berterima kasih tak apa, tapi jangan tinggalkan tahi! Fitnah lagi? Canang sana sini cerita tak betul,” tulisnya.

Dah kenapa pula? Apa masalah? Mungkin Diana rasa sedih sebab telah membantu seseorang, namun dibalasnya dengan keburukan.

Pepatah Melayu kata, ibarat melepaskan anjing tersepit, akhirnya kita digigit anjing. Bersabarlah Diana, memang wujud manusia sebegitu.

Jadikan perkara tersebut sebagai pengajaran supaya tidak terkena lagi selepas ini.

DIVA: Sherry Alhadad macam berisi semula. Ke mata Diva salah tengok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI