fbpx

Juventus berdepan malang paling berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVENTUS dipotong 15 mata selepas didakwa terlibat dalam aktiviti pembelian pemain yang menyalahi prosedur. – AFP

TURIN – Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mendedahkan bahawa Juventus dikenakan hukuman pemotongan 15 mata musim ini selepas terlibat dalam urusan perpindahan yang tidak menepati prosedur yang ditetapkan.

Mahkamah bola sepak Itali yang melakukan siasatan berkenaan memutuskan perkara ber­kenaan biarpun pendakwa raya sebelum itu meminta mahkamah mengenakan pemotongan hanya sembilan mata.

Pihak pengurusan Juventus dilaporkan mengesan beberapa tindakan yang didakwa me­nyalahi prosedur ketika me­ngadakan rundingan bersama beberapa pasukan lain untuk mendapatkan pemain-pemain baharu mereka.

Berbaki 20 perlawanan musim ini, Juventus berada di kedudukan ketiga Serie A dengan me­ngutip 37 mata dan ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Napoli dan pemotongan berkenaan menyaksikan mereka bakal turun ke tangga ke-10, sekali gus berisiko untuk gagal layak ke saingan Eropah musim depan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan itu, hukuman tersebut bukan sahaja melibatkan pemotongan mata pasukan, namun seramai 11 pegawai mereka turut terlibat dan sebahagiannya digantung daripada terlibat de­ngan urusan bola sepak di Itali.

Ia melibatkan penggantungan selama 2 tahun ke atas bekas pengerusi kelab, Andrea Agnelli serta 30 bulan untuk bekas pengarah sukan mereka, Fabio Paratici yang kini menjadi Pengarah Bola Sepak Tottenham Hotspur.

Bagaimanapun, Juventus mengesahkan bahawa mereka akan membuat rayuan kepada Pesuruhjaya Sukan Itali untuk mencabar keputusan yang telah dibuat itu demi mendapatkan keadilan.

“Kami menganggap ia adalah ketidakadilan yang nyata untuk jutaan peminat kelab ini, namun kami percaya akan mendapat keadilan sebenar dalam rayuan dan perbicaraan selepas ini,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh peguam kelab itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI