fbpx

Jangan tukar-tukar hukum, fatwa – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid hadir pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2023 anjuran MCA di Dewan San Choon, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – “Kalau dia buat sedekah, kalau kita bagi kira rasuah”.

Demikian kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya media berkenaan pengagihan yang diperkatakan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Ulama jangan tukar-tukar hukum mahupun fatwa.

“Akhirnya, ulama politik tidak akan dihormati rakyat terutamanya orang Islam,” ujarnya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2023 yang dianjurkan MCA di Dewan San Choon, pagi tadi.

Semalam, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mempertahan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mendakwa ia adalah sedekah.

Beliau dipetik berkata, pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut langkah UMNO Terengganu memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan PRU15 di tiga kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman yang dimenangi calon Pas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI