JIKA sudah namanya pelakon, pasti akan sanggup lakukan apa sahaja demi kerjaya yang dicintai.
Begitu jugalah yang dilakukan Uqasha dalam drama terbaharu lakonannya, Akira Khan.
Melihat usaha dan kesungguhan yang diberikan untuk watak tersebut, memang ramai kagum dengan isteri kepada Kamal Adli itu.
Tidak kurang juga memuji kecantikan Uqasha yang saling tidak tumpah seperti pelakon Bollywood.
“Akhirnya dapat juga Uqasha berlakon dan berdialog Hindustan. Selama ini miming sahaja, tahniah!
“Uqasha sudah seperti Preity Zinta Malaysia. Bukan senang nak berdialog bahasa lain,” puji peminatnya.
Dalam drama itu, dia digandingkan dengan Kamal sebagai hero. Memang makin menjadi-jadilah babak romantis mereka.
DIVA: Penat dengar rungutan mengenai filem Pulau. Jika tak suka, jangan tengok.