fbpx

Faizal sandaran utama ledak gol buat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZAL (kiri) tidak kisah siapa yang akan menjaringkan gol kerana fokus utamanya membantu pasukan layak ke suku akhir Piala Dunia Hoki 2023 di Bhubaneswar, India.

BHUBANESWAR – Ketajaman penyerang prolifik, Faizal Saari sekali lagi menjadi sandaran menjelang aksi getir menentang Sepanyol pada peringkat cross over Piala Dunia Hoki 2023 di Stadium Kalinga petang ini.

Faizal gagal mencetak nama selaku penjaring dalam dua aksi pertama Kumpulan C di Stadium Hoki Birsa Munda, ­Rourkela ketika tewas 0-4 kepada Belanda sebelum menang 3-2 ke atas Chile.

Mesin gol skuad negara itu bangkit menunjukkan taring sebenar apabila dua jaringan­nya membolehkan Malaysian Tigers menewaskan New Zealand 3-2 pada aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Kalinga.

Bagaimanapun, Faizal mengambil pendekatan me­rendah diri apabila tidak kisah siapa pun yang menjaringkan gol kerana fokus utama adalah kemenangan pasukan dalam misi layak ke suku akhir.

“Saya boleh buat semua apabila persembahan saya bagus di atas padang. Saya akui dua gol ini sememangnya meningkatkan keyakinan diri saya.

“Walaupun saya tidak jaringkan gol tapi dapat bantu cari pc (pukulan sudut penalti), buat reverse press atau cipta gerakan jaringan, saya sudah puas hati.

“Kalau saya dapat jaringkan gol lagi, ia satu bonus buat diri saya dan juga pasukan. Saya tidak sabar untuk turun bantu kemenangan pasukan,” katanya.

Jika berjaya menewaskan Sepanyol, lawan skuad negara pada suku akhir pada Selasa ini adalah pasukan ranking pertama dunia, Australia yang me­raih slot automatik sebagai juara Kumpulan A.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI