fbpx

EPL: Peluang Manchester City buru kedudukan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND digesa untuk kembali menemui sentuhan terbaiknya bagi membantu City memburu kedudukan Arsenal. – AFP

MANCHESTER – Manchester City kini berada dalam keadaan terbaik termasuk jeneral padang mereka, Kevin De Bruyne bagi menghadapi Wolverhampton Wanderers di Etihad malam ini.

Bagaimanapun, pengenda­linya, Pep Guardiola memberi inga­tan kepada pemainnya supaya mencontohi keinginan Arsenal yang berjaya mempamerkan aksi luar biasa untuk memimpin carta Liga Perdana Inggeris.

Peluang menentang pasukan di kelompok bawahan wajar dimanfaatkan bagi merapatkan jurang mata dengan Arsenal memandangkan pesaing itu berdepan tugasan lebih getir bertemu Manchester United.

“Penyokong kami juga perlu beri tekanan kepada pemain dan meminta sesuatu yang lebih lagi daripada pasukan. Saya mahukan reaksi daripada semua orang, bukan sahaja pemain, tetapi secara keseluruhan.

“Adakah kamu fikir kami mampu kejar mata diraih Arsenal de­ngan cara kami bermain. Tidak mungkin. Kami mahu kalahkan Arsenal, tetapi jika kami bermain seperti ini, mereka akan kecewakan kami,” katanya merujuk kepada prestasi anak buahnya ketika menang 4-2 ke atas Tottenham Hotspurs, awal pagi kelmarin.

Sementara itu, penjaga gol City, Ederson masih percaya kemampuan rakan sepasukannya, Erling Haaland dan menafikan penyerang sedang berdepan detik sukar untuk kembali me­nemui sentuhan terbaik.

“Haaland sudah tunjukkan apa yang dia lakukan ketika bersama Borussia Dortmund dan sudah tentu apabila dia tiba di sini, kami akan katakan dia akan terus jaringkan gol.

“Ramai yang katakan jaringan dilakukannya adalah terlalu mudah, tetapi semua itu tidak benar. Kedudukannya ketika berada dalam padang cukup hebat dan dia adalah penyerang yang kami mahukan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI