fbpx

Dah sarung cincin, tahniah Mimi, Syafiq!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMALAM Mimi dan Syafiq berkongsi foto menyarung cincin seakan menandakan mereka sudah mengikat tali pertunangan.

SELEPAS beberapa tahun menjalin hubungan cinta, akhirnya Diva boleh menarik nafas lega apabila Syafiq Kyle dan Mimi Lana dikhabarkan akan bergelar suami isteri tahun ini.

Bukan tidak pernah khabar angin sebegini bertebaran sebelum ini tetapi berita tersebut akhirnya disahkan sendiri tuan punya badan.

Rupa-rupanya bukan Diva sahaja yang teruja tetapi termasuk juga peminat yang sudah menyaksikan turun naik hubungan pasangan berkenaan.

Ada juga yang memuji cara Syafiq dan Mimi tidak terlalu menunjuk hubungan romantis di khalayak ramai berbanding pasangan lain. Tahu-tahu sahaja sudah hendak kahwin.

Apapun, tahniah Diva ucapkan dan berharap semua perancangan berjalan dengan lancar.

Jangan lupa jemput ya, lama juga tidak makan nasi minyak orang kahwin.

DIVA: Memang gempak betul jalan cerita Projek: High Council. Bak kata orang Indonesia, bikin merinding!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI