fbpx

Calon PM New Zealand yakin menang pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hipkins bercakap kepada media di luar bangunan Parlimen di Wellington semalam. - AFP

WELLINGTON – Bekas Menteri Tindak Balas Covid-19 New Zealand, Chris Hipkins berazam memenangi pilihan raya umum pada Oktober depan selepas dipilih menjadi satu-satunya calon bagi menggantikan Jacinda Ardern sebagai Perdana Menteri.

Ahli politik berusia 44 tahun itu muncul sebagai calon tunggal untuk mengetuai Parti Buruh yang memerintah dalam mesyuarat Ahli Parlimen New Zealand. 

Sebagai pemimpin parti, beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri New Zealand yang ke-41 berikutan pengumuman mengejut bagi peletakan jawatan Ardern Khamis lalu.

Ardern berkata, beliau akan berundur pada 7 Februari depan tetapi boleh berbuat demikian lebih awal memandangkan penggantinya dipilih dalam masa hampir 48 jam.

“Saya berpendapat bahawa saya cukup tegas dan boleh menyelesaikan sesuatu,” kata Hipkins kepada pemberita di luar bangunan Parlimen di ibu negara New Zealand, Wellington.

Dengan keadaan parti diwakilinya (Parti Buruh) yang ketinggalan dalam tinjauan pendapat  berikutan kritikan berhubung kenaikan harga, kemiskinan dan kadar jenayah, pemberita bertanya sama ada Hipkins boleh memenangi pilihan raya yang akan diadakan pada 14 Oktober ini.

“Ya,” jawab beliau.

Ardern pada Khamis lalu mengumumkan peletakan jawatan secara mengejut, kurang tiga tahun selepas memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya penggal kedua.

Wanita berusia 42 tahun yang mengemudi negara ketika bencana alam, wabak Covid-19 dan serangan pengganas yang paling teruk itu berkata, dia tidak lagi mempunyai ‘sokongan cukup’.

Jelas Ardern, keputusannya untuk berundur adalah ‘dipenuhi dengan kesedihan’ tetapi selepas membuat pengumuman itu, beliau dapat tidur nyenyak buat kali pertama dalam masa yang lama. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI